Mukim Matang Sah Diwartakan Sebagai Kawasan Penyakit Anjing Gila

Berkuat kuasa pada Isnin, Mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies oleh Kerajaan Perak.

Menurut laporan mStar Online, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia dikeluarkan di bawah perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila.

“Ia dilakukan dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

“Walaupun kes ini terpencil dan hanya melibatkan satu kes tetapi perintah ini perlu dilakukan dan langkah-langkah seperti membendung perlu diadakan bagi mengawal ia daripada terus merebak,”katanya.

4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun digigit anjing peliharaan mereka di Kuala Sepetang sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *