Mungkin EXCO Negeri Pulau Pinang Untuk Pelancongan Boleh Membantu Orang Ini?

Oleh Lim Sian See

“Apabila kita bercakap tentang rasuah, kebanyakan orang hanya berfikir tentang rasuah dalam kerajaan.

“Tetapi sektor swasta lebih korup daripada sektor awam,” katanya pada dialog itu.

Sim berkata beliau mahu menyumbang kepada industri pelancongan di Pulau Pinang, dan membina ESCAPE, sebuah taman tema pengembaraan pada tahun 2012.

Malangnya, katanya, industri di Pulau Pinang “sangat korup”.

Beliau mendakwa ramai orang, dari penganjur pelancongan hingga pengendali teksi, menuntut sogokan dari beliau untuk mempromosikan atau membawa penumpang ke taman tema di Teluk Bahang itu.

“Tetapi kami enggan memenuhi permintaan rasuah ini. Kami enggan membayar, jadi kami telah menjadi mangsa. Kami telah diboikot sejak hari pertama dengan pelbagai ancaman.

“Ada di antara mereka yang meminta potongan 10% hingga 20% daripada bayaran masuk, dan saya mendapat tahu di kawasan George Town, beberapa penganjur pelancongan dan pengendali teksi mendapat potongan dari 40% hingga 60%.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *