Neelofa Pilih Destinasi Percutian Yang Sama Dengan #Fattzura..Kebetulan Atau ??

OMG! (Oh My God)… adakah ini drama ataupun kenyataan apabila tiga selebriti yang dikaitkan bercinta berada di satu lokasi yang sama!

Netizen pula semakin ‘panas’ melihat situasi ini sedangkan Fattah Amin, Fazura & Neelofa seronok dengan percutian mereka.

Malam tadi, Fattah dan Fazura yang sudah beberapa hari tidak mengemas kini status Instagram telah memuat naik dua keping foto percutian bersama rakan-rakan yang menjadi perhatian netizen.

Fazura (tiga dari kiri) dan Fattah (tiga dari kanan) bersama teman-teman mereka di Koh Samui, Thailand. Foto

Menerusi foto tersebut pasangan gandingan drama Hero Seorang Cinderella itu dipercayai bercuti di Koh Samui, Thailand.

Percutian itu turut disertai sembilan rakan rapat mereka.

Foto berkenaan menerima lebih 2,000 komen peminat Fattzura (Fazura dan Fattah) yang mana mereka turut berbalah sesama sendiri dengan kumpulan peminat drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Lofattah (Neelofa dan Fattah).

Neelofa turut berkongsi gambar percutiannya di lokasi yang sama pilihan Fattah dan Fazura. Foto Instagram @neelofa

Ia tercetus berikutan segelintir netizen mula mempersoalkan tentang percutian pengacara Meletop iaitu Neelofa yang turut berada di lokasi sama.

Bagaimanapun, Neelofa yang bercuti bersama rakan-rakannya itu difahamkan sudah pun berangkat pulang lebih awal iaitu empat hari lalu.

Apa-apa pun, mereka mungkin ada sebab tersendiri untuk bercuti di tempat yang sama ataupun ia secara kebetulan sahaja!

Selamat bercuti kepada Fattah, Fazura & Neelofa. – ms

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *