Nora Danish menangis di Mekah sewaktu pengambaran filem Bukan Cinta Malaikat.

Buat pecinta filem Indonesia, pelakon cantik dari Malaysia iaitu Nora Danish mungkin sudah tidak asing lagi. Nora sebelum ini pernah membintangi filem WARKOP DKI REBORN dan SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 .

Yang terbaru, Nora turut sama menjayakan filem BUKAN CINTA MALAIKAT yang merupakan kerjasama dua negara.

Dalam filem ini, Nora berperanan sebagai Dewi, gadis kampung yang dibesarkan neneknya setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Dewi akhirnya terlibat dalam cinta dengan dua lelaki yang dilakonkan oleh Ashraf Muslim dan Fachri Albar .

“Dewi dalam cerita ini lebih kepada seorang wanita yang keliru diantara cinta lama dan juga cinta baru didalam hidupnya. Cinta lama itu kepada Ashraf Muslim dan cinta baru kepada Fachri Albar.

“Kedua-duanya punya karakter berbeza yang membuatkan susah untuk Dewi memilih. Tetapi di sebalik drama ini, semua ada unsur-unsur islamic dan perkahwinan, perceraian, bagaimana menyelamatkan diri dari perang dan banyak unsur lain, “kata Nora.

Bagi Nora, cabaran berlakon dalam filem BUKAN CINTA MALAIKAT adalah dimana lokasinya terpaksa dipindahkan sebanyak tiga kali.

Penggambaran pertama di Malaysia, lalu berpindah ke Arab Saudi dan terkini di Bandung, Indonesia.

Cabaran yang paling susah menurutnya ialah, semasa membuat penggambaran di Mekah kerana mereka tidak dibenarkan mengambil masa yang panjang. Jadi saat melakonkan adegan menangis pun harus cepat. Tapi untungnya, banyak kenangan menyenangkan bagi Nora semasa penggambaran.

“Seperti kami dan yang lain sudah seperti keluarga. Tidak hanya pelakon, tetapi juga dengan kru-kru yang ada di Indonesia, kami sudah akrab jadi ada perasaan sayang. Maka sebab itulah sepanjang pengambaran filem ini, semua berusaha yang terbaik dan tidak ada yang merungut. Itulah saat yang paling menggembirakan” ujar Nora.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *