Op Dadu Di Sungai Siput Berjaya Berkas 19 Kaki Judi

SUNGAI SIPUT – Polis menahan 19 kaki judi dan merampas 115 mesin simulator pelbagai jenis dalam serbuan Op Dadu di sebuah premis di Persiaran Komersial Waterfront di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan perjudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, polis telah menahan 30 lelaki dan wanita termasuk 11 penjaga berusia 20 hingga 60 tahun yang leka berjudi.

“Polis turut merampas sebuah televisyen, moden kamera litar tertutup (CCTV), 25 cip tambah nilai, tujuh telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM14, 670.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *