PAS Pulau Pinang dakwa DAP hanya sembang kosong mengenai benci rasuah

17/7/2017– Sejak mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2008, parti rasis dan cauvinis DAP lebih banyak bermuka-muka sahaja dihadapan rakyat. Penipuan serta penindasan terus dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang.

Beban kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang ditambah pula dengan pemerintah yang diketuai oleh parti rasis dan cauvinis DAP yang langsung tidak memikirkan hal berkaitan dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini berani mengakui pentadbiran mereka kononnya benar-benar bersih dan bebas daripada unsur-unsur rasuah, menggunakan proksi dan kronisme, namun itu hanya satu kata-kata kosong untuk menarik rakyat menyokong mereka sahaja.

Kononnya, slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) menjadi pegangan mereka selama ini. Mereka hanya pandai cakap berdegar-degar dihadapan rakyat, kononnya kerajaan pimpinannya amanah dan telus dalam setiap projek rakyat. Semua cakap macam tin kosong.

Itulah yang disifatkan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof. Beliau menyifatkan keengganan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) menunjukkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang keliru dan celaru terhadap prinsip asas serta perjuangan didokongnya.

“Malah, mengukuhkan persepsi umum terhadap pemerintahan itu yang terpalit dengan skandal rasuah.

“DAP seolah-olah mengesahkan keraguan awam terhadap mereka dan lebih mengecewakan, keengganan itu seakan isyarat untuk tidak bersama pihak lain dalam memerangi amalan buruk dan tercela itu.

“Apakah kerana DAP telah terjangkit penyakit demikian maka ia malu untuk turut berkomitmen?,” soal Fauzi.

Rabu lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

“Jika demikian mengapa satu demi satu skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa terbongkar serta menghadapi penyiasatan dan pertuduhan?,” kata Fauzi.

Beliau berkata, sewajarnya dalam sebarang usaha rasmi, langkah diseiringkan supaya wujud kesepaduan menghadapinya, tetapi Kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP seakan mencipta dwi-standard.

“Inilah namanya angkuh dan sombong bak kata pepatah “Kokok berdegar-degar, tetapi punggung bergelumang tahi”.

“Bermakna CAT hanyalah alasan dan slogan semata-mata, tetapi hakikatnya Kerajaan DAP tidak punya ‘perasaan benci’ pada rasuah, melainkan menjadikan ia modal politik kepada lawan.

“Tapi bila diri sendiri terpalit, tidak merasa bersalah, sebaliknya mengecualikan dan menjauhkan diri,” kata Fauzi.

Tambahnya, bahkan perjuangan menentang kleptokrasi yang gah dilaungkan kepimpinan tertinggi DAP hanyalah satu retorik di mana kini terlihat kepura-puraan itu secara nyata.

“Mereka sepatutnya belajar dengan Kerajaan PAS Kelantan yang lama memerintah tetapi terbuka dan tidak pernah berhadapan isu rasuah,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *