PCM dakwa terdapat salahguna kuasa dalam pembidaan projek terowong DAP

18/7/2017– Puak Pakatan Harapan terutamanya parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya gemar buat drama untuk menagih simpati dari rakyat. Bila gagal untuk menutup salahlaku mereka, mulalah mereka mencari alasan dan menggunakan taktik licik dengan meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain.

Tindakan itu untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang membelenggu mereka sekarang ini. Itulah cara parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Parti yang tidak ada pendirian dan tidak pernah mengakui kesalahan mereka.

Tapi walau macam mana sekali pun mereka berusaha cuba untuk menyembunyikan kesalahan salah laku mereka, ia tetap akan terserlah. Ini kerana saban hari banyak salah laku Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didedahkan dan terdedahkan.

Ini dapat dilihat apabila Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut.

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam mengenai dakwaan itu supaya siasatan dapat dilakukan bagi memastikan sama ada wujud penipuan atau unsur salah guna kuasa dalam proses pembidaan projek berkenaan.

Menurut beliau, sesebuah syarikat disyaratkan untuk mempunyai sejumlah modal yang ditetapkan, sebelum boleh membida sesuatu projek.

“Bagaimanapun syarikat yang berjaya membida projek berkenaan dikatakan memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR),” kata Huan.

Beliau juga berkata, PCM berhasrat mengemukakan laporan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

Memang patutlah siasatan terperinci diminta dilakukan segera. Jika tidak, semakin banyak lagi penipuan serta penindasan akan terus dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang.

Sudahlah beban kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang ditambah pula dengan pemerintah yang diketuai oleh parti rasis dan cauvinis DAP yang langsung tidak memikirkan hal berkaitan dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Terdahulu, Cheng Guan turut membidas tindakan Zenith yang akan memfailkan injunksi bagi melarang pihak ketiga daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek terowong dasar laut, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Khamis ini.

“Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan orang ramai? Permohonan injunksi ini membuktikan bahawa istilah telus yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang sudah mati,” katanya. -Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *