Pekerja Kantoi Tipu Bos Nak Ponteng Kerja Guna Gambar Google Tayar Pancit

Pelbagai kerenah dan tipu helah yang pasti akan membuatkan majikan sendiri berasa pening dan geram . Ada yang sanggup berjam tunggu di klinik semata-mata untuk mendapatkan MC , ada juga yang sanggup menipu tentang hal kematian , juga ada yang tipu tapi tak bijak . Hahaha .

Itulah yang terjadi kepada seorang majikan Syafiq Nasaruddin apabila pekerjanya cuba klentong untuk tidak datang bekerja pada hari tersebut .

Menurut status yang ditulis Syafiq di facebook lewat pagi semalam , salah seorang pekerjanya bernama Nabila memberikan alasan untuk lewat masuk kerja gara-gara tayar motor pancit .

Melalui conversatation whatsapp , kejadian ditakrifkan berlaku sekitar sungai petani , Kedah .

Berasa tidak puashati dengan penjelasan , Syafiq kemudiannya mula melakukan cari gambar “tayar motor pancit’ pada enjin carian google . Wohaaa , terpampang gambar yang sama juga dihantar oleh pekerjanya , Nabila .

Berang ditipu , Syafiq bertindak memberikan screenshoot gambar tersebut dan memaklumkan kepada Nabila agar tidak perlu datang ke tempat kerja . ( rasa macam kena U ARE FIRED !! ) .

Syafiq juga menasihati agar orang lain tidak mengikut perangai yang tidak bagus kerana tidak semua majikan akan percaya bulat-bulat apa kata korang tanpa diselidiki biarpun nampak seperti naif ( tidak tahu guna IT mungkin )

So , KS nasihatkan kepada korang yang baru nak memasuki alam pekerjaan , janganlah kaki tuang , kaki ngular , kaki ponteng , kaki lipat sebab jika korang amalkan kesemua kaki tersebut nescaya masa depan korang pun tak mustahil tercampak di kaki lima . Win kan !!

sumber : Syafiq Nasaruddin/kakishare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *