Pelakon filem sekuel Jurassic World 2 menangis ketika selesai pengambaran.

Penggambaran filem Jurassic World sudah memasuki tahap akhir. Bryce Dallas Howard mengaprisiasinya dengan berkongsi foto terbaru dari lokasi penggambaran.

Bryce menunjukkan detik-detik yang disifatkannya sebagai emosional iaitu ketika Bryce mengucapkan selamat tinggal pada kawannya, Chris Pratt

Seperti yang dilaporkan oleh Sindonews , Bryce dan Chris dengan wajah yang sedikit penuh kotoran terlihat saling berpelukan di tengah lokasi penggambaran yang menyerupai hutan itu.

“Hari # 60 dan ini telah selesai! Secara jujurnya, saya menangis. Sampai jumpa, Hawaii! “Tulis Bryce seperti yang dikutip dari Aceshowbiz.

Sementara itu, butiran plot untuk sekuel filem Jurassic World ini masih lagi rahsia kepada umum. Namun, Chris sempat memberikan sedikit ‘hint’ mengenai filem yang akan datang ini.

“Emosi dan ketegangan yang ditunjukkan dalam filem ini sangat menarik. Saya rasa ini akan menjadi versi yang menakutkan. Walaupun permulaannya perlahan, namun jalan ceritanya akan terus berkembang dan membawa penonton bersama menghayati jalan cerita dengan cara yang benar-benar tak terduga dan anda tidak akan bayangkan, “kata Chris.

Didalam sekuel ini, Juan Antonio Bayona berada di belakang kamera bersama Colin Trevorrow dan Derek Connolly sebagai penulis skrip. BD Wong kembali berperanan sebagai Dr. Henry Wu, sementara Jeff Goldblum pula mengulangi peranannya sebagai Dr. Malcolm.

Difahamkan James Cromwell, Ted Levine, Toby Jones, Rafe Spall, Justice Smith dan Daniella Pineda adalah antara barisan pelakon dan pelakon baru yang akan turut serta di dalam filem yang akan ditayangkan pada 22 Jun 2018 di Amerika Syarikat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *