Peminat Sambut Ulangtahun Ke-20 Harry Potter

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan novel atau filem bersiri Harry Potter, pasti maklum dengan kutukan membunuh ini!

 

Malah, peminat Harry Potter di seluruh dunia menyambut ulang tahun ke-20 sejak buku pertamanya; Harry Potter and The Philosopher’s Stone diterbitkan pada 26 Jun, 1997.

Sempena menyambut ulang tahun ke-20 Harry Potter, pengguna media sosial mengambil kesempatan itu untuk meraikannya bersama termasuk pengarangnya sendiri, J.K Rowling.

“20 tahun lalu, dunia saya yang sepi tiba-tiba terbuka kepada orang lain. Ia sangat indah. Terima kasih,” tulisnya.

Rata-rata peminat tak melepaskan peluang untuk meraikan peristiwa penting itu di media sosial dengan kreativiti masing-masing. Mereka berterima kasih kepada J.K Rowling atas rekaan fantasi yang sangat indah kerana telah mencorak zaman kanak-kanak mereka.

Foto: Twitter

Bukan itu sahaja. Memetik Mail Online, laman sosial Facebook turut meraikan peristiwa itu dengan melancarkan tulisan khas di mana perkataan “Harry Potter,” “Gryffindor,” “Ravenclaw,” “Hufflepuff,” atau “Slytherin,” yang ditulis menerusi ruang komen atau post akan diterangi warna tertentu dan memaparkan animasi khas apabila perkataan berkenaan diklik.

Selamat ulang tahun ke-20 Harry Potter! Dah lanjut usia kita rupanya. – cf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *