Pemuda PAN mengamuk bila Gerakan pertikai rumah mampu milik di Pulau Pinang

17/7/2017- Parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) yang diilhamkan oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ini banyak sangat timbul kontroversi murahan. Semuanya gara-gara anggota parti PAN yang suka cakap besar.

Mereka hanya pandai cakap berdegar-degar dihadapan rakyat, tetapi semua cakap macam tin kosong. Jika dilihat dari satu sudut, kewujudan PAN di bawah pimpinan Mat Sabu yang pernah dicalonkan sebagai perdana menteri kalangan pembangkang ini, hanya semata-mata kerana disebabkan dendam terhadap bekas parti yang mereka sertai sebelum ini iaitu PAS.

Hakikatnya, parti Mat Sabu ini sebenarnya sama sekali tidak mempunyai hala tuju yang khusus melainkan untuk menjadi boneka kepada parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terhormat.

Malah, sebelum ini hangat menjadi bualan apabila timbul kecurigaan dikalangan penyokong-penyokong puak Pakatan Harapan dan mula mempertikaikan apakah peranan yang dimainkan oleh parti Mat Sabu itu.

Namun nampak gayanya parti pentaksub nombor satu parti rasis dan cauvinis DAP ini sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak untuk menunjukkan yang partinya masih lagi relevan untuk puak Pakatan Harapan. Ini dapat dilihat apabila Pemuda PAN mengamuk bila Gerakan pertikai rumah mampu milik di Pulau Pinang.

Malah, Pemuda PAN cuba menunding jari kepada Kerajaan Pusat berhubung isu pembangunan rumah mampu milik (RMM) di negeri Pulau Pinang. Inilah kebiasaan sikap pakatan pembangkang yang tidak pernah mengaku kekurangan mereka dan gemar menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Mohamad Ammar Atan mendakwa dasar perumahan kerajaan yang diterajui BN pada masa ini tidak berperikemanusiaan apabila menaikkan had harga rumah maksimum daripada RM200,000 kepada RM400,000 bagi rumah mampu milik.

Katanya, polisi pada belanjawan 2013 itu kemudiannya kekal pada hari ini bahkan dasar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak lagi dikhususkan kepada golongan berpendapatan sederhana.

“Malah, dengan harga yang ada ini juga, berapa ramai rakyat Pulau Pinang yang mampu membelinya? Adakah Gerakan yang berpendirian seperti ini dengan beraninya menegur tuan besar mereka akan dasar yang diamalkan pada hari ini?,” kata Mohamad Ammar.

Gerakan pada 12 Julai lalu mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang masih meluluskan dan membina RMM pada harga lebih RM100,000, sedangkan jumlah unit yang terjual bagi kategori itu adalah rendah.

Mengulas kenyataan Gerakan terhadap jumlah stok rumah yang tidak terjual yang menggambarkan wujud masalah perumahan kritikal di Pulau Pinang, Mohamad Ammar cuba menafikan bahawa hal itu kononnya tidak tepat.

“Isu lebih besar daripada ini adalah ketidakmampuan rakyat dalam mengumpul modal atau pinjaman yang berpunca daripada taraf pendapatan rendah atas kegagalan kerajaan BN menguruskan dasar tenaga kerja,” dakwanya.

Beliau mendakwa kerajaan kononnya gagal memastikan pendapatan rakyat terus meningkat sepadan dengan tahap produktiviti negara, kenaikan kos sara hidup dan laba ekonomi pada setiap tahun.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan nilai ekonomi dijana melalui perkhidmatan dan barangan yang dihasilkan oleh tenaga kerja Malaysia hanya sampai sekitar 35 peratus sahaja kepada pekerja sebagai bayaran gaji (dari KDNK).

“Di bawah pembangunan rumah mampu milik (RMM) juga terdapat pelbagai jenis harga rumah yang diketegorikan berdasarkan taraf pendapatan rakyat yang berasal dari Pulau Mutiara itu.

“Malah harga permulaan rumah mampu milik bawah kerajaan negeri bermula pada RM42,000 adalah lebih rendah berbanding polisi nasional PR1MA yang bermula pada paras RM100,000,” katanya. -Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *