Pengarah Spiderman : Homecoming tak pasti terus menerajui sekuel filem tersebut.

Pengarah filem SPIDER-MAN: HOMECOMING , Jon Watts tak pasti sama ada dirinya akan kembali untuk sekuel filem solo Spider-Man ini. Namun berbeza dengan Jon, pelakon Spidey, Tom Holland pula optimis Jon akan kembali.

Untuk Jon dan Tom, SPIDER-MAN: HOMECOMING merupakan suatu projek yang cukup membuatkan mereka berasa tertekan.

Namun kerja keras kedua-duanya akhirnya terbayar sudah. Dengan banyaknya ulasan positif yang diberikan selepas tayangan, SPIDER-MAN: HOMECOMING berjaya mendapatkan komen positif dari website pengkritik filem iaitu Rotten Tomatoes.

Kerana ulasan positif itu pula, SPIDER-MAN: HOMECOMING dijangka akan meraih pendapatan besar di minggu pertama tayangannya.

Bercakap dengan Jon mengenai SPIDER-MAN: HOMECOMING dan kemungkinan untuk kembali dalam filem ini, beliau berkata dia sendiri pun tak mampu untuk memberikan kepastian sama ada akan kembali mengarahkan filem ini atau tidak.

Namun kenyataan berbeza pula yang keluar dari mulut Tom Holland. Menurutnya, Jon pasti akan kembali untuk mengarahkan sekuel, kerana SPIDER-MAN: HOMECOMING tak akan boleh muncul tanpa peranan Jon.

“Jon akan kembali lagi untuk filem selanjutnya. Kami tak akan boleh membuat filem Spider-Man lain tanpa kehadirannya,” ungkap Tom.

Box Office Pro menganggarkan jika SPIDER-MAN: HOMECOMING akan mendapat 135 juta dolar di pasaran domestik pada minggu pertama tayangannya, ia akan mampu untuk mengekalkan Jon.

Pengarah berkenaan pula beranggapan jumlah tersebut jika mampu dicapai, ianya tentu merupakan kejayaan yang sangat hebat. Namun Jon juga menganggap ia tak mustahil untuk dicapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *