“Peram Saham 5 Tahun Dapat Pulangan 800%, Cukup lah…”

“Bro, melabur di pasaran saham Bursa Malaysia ni boleh untung ke? Boleh dapat pulangan yang baik ke?”

Mestilah boleh. Tapi tak ramai tahu fakta ini sebab…

  • Ditanam di kepala pelaburan saham ini SUSAH
  • Ditanam di kepala TAKUT RUGI
  • ‘Selesa’ pulangan 6-7% setahun tanpa bersusah payah
  • Sedang sibuk perang komen di Facebook bercerita perihal ekonomi negara, sedangkan diri sendiri tak buat apa-apa untuk upgrade ekonomi keluarga.

Jom kita tengok serba sedikit tentang syarikat-syarikat ini:

1. KESM Industries Berhad

KESM telah terlibat dalam aktiviti pembuatan elektronik sejak tahun 1978. Objektif utama KESM adalah dalam aktiviti pembuatan elektronik khusus dan berfungsi sebagai sub-kontraktor kepada syarikat multinasional. Salah satu kilang mereka terletak di Sungei Way, Petaling Jaya. Baca lebih lanjut tentang harga saham semasa serta untung rugi syarikat di sini.

2. ViTrox Corporation Berhad

Satu lagi syarikat berasaskan teknologi. Syarikat ini membangun dan mengeluarkan sistem pemeriksaan dan pemasangan papan litar bercetak (printed circuit board). Produk yang kompleks ini sudah tentu mempunyai pasaran di peringkat antarabangsa, antaranya Amerika Syarikat, Mexico dan Brazil. Baca lebih lanjut tentang harga saham semasa serta untung rugi syarikat di sini.

3. Hartalega Holdings

Siapa sangka syarikat ini merupakan pengeluar terbesar sarung tangan nitril di dunia, yang mampu menghasilkan 26 billion sarung tangan setahun.

4. JHM Consolidation Bhd

Anak syarikat mereka terlibat dalam pembuatan dan pemasangan komponen yang berkaitan dengan diod pemancar (HB LED) serta komponen elektronik.

*Perkembangan sektor teknologi dijangka akan berterusan selari dengan perkembangan pesat syarikat ternama dunia seperti APPLE, SAMSUNG dan MICROSOFT.

Tengok Saja Jika Tidak Berilmu

Bukan. Ini bukan isyarat untuk beli saham syarikat-syarikat ini. Kami tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-mana keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Ini hanyalah contoh beberapa kajian saham yang dibuat. Buka mata tu sikit, saham patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia ada sebanyak 676 syarikat!

Belajarlah sekarang. Belajar mengambil risiko untung rugi.

Paparan keuntungan bukan bermaksud tiada kerugian. Pelabur yang berjaya adalah pelabur yang boleh mengawal risiko.

Sudah-sudahlah mencari skim gerenti untung yang hayatnya tak panjang.
Mereka yang sibuk bekerja pun masih boleh melabur saham secara santai dan boleh jual beli saham pada bila bila masa saja.

Bangsa Cina sudah berpuluh tahun menjadikan pelaburan saham sebagai sumber pendapatan tambahan mereka. – ml

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *