Perebutan Watak filem ‘Bride of Frankenstein’ di antara Angelina Jolie dan Charlize Theron

Los Angeles – Persengketaan di antara Angelina Jolie dan Charlize Theron baru-baru ini dikatakan adalah disebabkan oleh filem ‘Bride of Frankenstein’.

Khabarnya, dua pelakon terkenal Hollywood itu berebut untuk menjadi watak utama dalam filem terbaru Universal itu.

Menurut sumber, Universal telah memujuk Jolie untuk menjadi pelakon utama filem ‘Bride of Frankenstein’.  Namun, Universal juga telah memilih Theron sebagai pilihan kedua mereka, sebagai langkah berjaga-jaga.

Jolie yang mengetahui perkara ini dikatakan menolak untuk memberi jawapan jika dia mahu atau tidak berlakon dalam filem itu.  Ini juga menjadi faktor nasib Theron sebagai untuk berlakon dalam filem ini kabur.

Menurut Radar Online, “Angie masih belum membuat keputusan dengan Universal sama ada ingin membintangi filem ‘Bride of Frankenstein’, tetapi tawaran untuknya masih lagi terbuka.

Dia boleh menggunakan cek bernilai USD20 juta itu.  Namun, dia kelihatan seronok membuat Charlize seperti ini.  Saya pasti Angie akan mengambil watak itu dari Charlize.

Perang antara mereka berdua telah lama berlaku dan tidak akan berhenti.  Pengarah seperti bermain dengan mereka berdua, menggantungkan persengketaan antara mereka, kemudian tinggalkan mereka untuk saling bergaduh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *