Permohonan Maaf MBC untuk Drama Kontroversi, Man Who Dies To Lives

Drama terbaru MBC yang mula ditayangkan pada 19 Julai lalu bertajuk Man Who Dies to Lives, telah membuatkan ramai peminat antarabangsa berang kerana merendah-rendahkan budaya Islam.

MBC telah memuat naik permohonan maaf secara rasmi di Twitter pada 21 Julai lalu  selepas dikritik teruk kerana merendah-rendahkan budaya Islam dalam drama mereka, Man Who Dies To Lives dengan cara yang sangat tidak sopan.

Permohonan maaf MBC bermula dengan penjelasan bahawa drama itu adalah fiksyen dan meminta maaf atas sebarang keburukan yang mereka telah lakukan.

Syarikat penyiaran itu berulang kali menekankan yang mereka tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana budaya atau agama. Pemohonan maaf itu berakhir dengan MBC meyakinkan penonton yang mereka akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Namun permohonan maaf MBC itu masih dihujani dengan reaksi negatif dari penonton. Seorang pengguna Twitter menulis, “Fiksyen atau tidak. Kita hidup di era dimana penyelidikan yang lebih jujur menghasilkan kandungan yang betul, tanpa perly menyinggung mana-mana agama.”

Manakala @sagyehan pula menulis, “Selain dari meminta maaf, tindakan yang perlu anda lakukan sekarang adalah berhenti tayangkan drama itu. Seluruh drama itu telah merendahkan Islam.”

Kekecohan berlaku apabila drama Man Who Dies To Live menunjukkan adegan wanita Muslim yang memakai tudung ketika berbikini.  Adegen kontroversi lain adalah ketika pelakon lelaki, Choi Min Soo memakai pakaian Muslim dan meminum arak.

Selain itu, dalam drama itu juga terdapat adegan dimana putera Muslim mengarahkan seorang lelaki untuk berkahwin dengan salah seorang dari tiga puteri dengan menuturkan dialog, “Beli seorang puteri dan dapat dua lagi secara percuma.”

Namun, masih tiada sebarang tindakan dari MBC sama ada mereka akan menghentikan tayangan drama itu atau tidak meskipun telah menerima bantahan besar dari peminat di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *