Priyanka Chopra Berlakon dengan Liam Hemsworth dalam Filem Romantik

Los Angeles – Selepas berjaya mencuri hati berjuta-juta orang melalui filem pertama Hollywoodnya bertajuk Baywatch, Priyanka Chopra telah bersedia untuk filem seterusnya iaitu Isn’t It Romantic? yang akan dibintangi bersama Rebel Wilson dan Liam Hemsworth.

New Line Cinema telah mengumumkan permulaan penggambaran untuk filem komedi romantik yang diarahkan oleh Todd Strauss-Schulson.

Priyanka akan melakonkan watak seorang duta yoga bernama Isabella, Wilson sebagai Natalie, arkitek dari New York City, manakala Liam sebagai Blake pelanggan yang kacak serta Adam Devine sebagai kawan baik Wilson bernama Josh.

Dalam filem itu, Natalie bekerja keras untuk mendapat pengiktirafan dalam kerjanya, tetapi dia lebih disuruh untuk menghantar kopi dari mereka bangunan pencakar langit.

Gambar-gambar Priyanka ketika diset penggambaran juga telah tersebar di media sosial. Dalam gambar itu, Priyanka kelihatan cantik memakai gaun berwarna pink bersama Wilson dan Devine. Namun, gambar Liam tidak kelihatan di lokasi penggambaran itu.

Selain Isn’t It Romantic, Priyanka mempunyai satu lagi filem Hollywood yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi iaitu filem A Kid Like Jake yang akan dibintangi bersama Jim Parsons dan Claire Danes.

Isn’t It Romantic? bakal ditayangkan pada Hari Valentine pada tahun 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *