Pusat Pelacuran di Dublin gunakan robot Seks untuk tarik pelanggan

Sebuah pusat pelacuran di Dublin menyewakan sebuah patung silikon seks untuk £88 (RM 432) sejam.

Menurut pusat pelacuran itu, patung silicon seberat lapan kg itu mempunyai payudara bersaiz 32E dan direka untuk memberi tindak balas kepada getaran . Patung seks itu juga telah dikunjungi oleh beberapa orang pelanggan.

Pemilik pusat pelacuran itu mengatakan yang ada sesetengah pelanggan telah terpesona dengan patung seks itu.  Iklan di rumah pelacuran Dublin mengambarkan patung itu sebagai “ultra-realistic”.

Namun pada masa lalu, konsep ini terbukti menimbulkan kontroversi.  Sebuah rumah pelacuran lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama telah ditutup selepas menerima bantahan dari pekerja seks tempatan.

Campaign Against Sex Robots mempercayai bahawa mesin seks akan lebih menggalakkan lelaki memikirkan perempuan sebagai objek seks mereka.

Pengarah penyelidik, Lydia Kaye menyatakan, “Penciptaan robot seks yang meniru dan mengeluarkan semula nilai sistem industri yang korup dan kejam ini memanfaatkan petukaran dan menafikan hak seorang wanita.”

Robot seks juga akan mewujudkan maksud lain dimana wanita akan digambarkan sebagai objek yang digunakan untuk kepuasan seksual dan penganiyaan lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *