Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Mampu Melindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman

Serangan makhluk perosak seperti ulat, belalang malah bena putih antara ancaman pokok cili yang diusahakan secara besar-besaran. Semburan racun organik dari bawang putih dan daun semambu antara alternatif yang pengusaha boleh praktikkan untuk lindungi hasil tanaman.

Ini perkongsian daripada Nur Amirul Nur Azmi cara menghasilkan racun organik Bawang Putih dan Daun Semambu.

Kaedah: Double Boiling

Caranya Buat Racun Organik Bawang Putih

1. Ambil 200 gram bawang putih kisar dengan 500 ml minyak masak.

2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.

3. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.

Cara Buat Racun Organik Daun Semambu

1. Ambil 200 gram daun semambu dan kisar dengan 500 ml minyak masak.

2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.

3. Tambahkan 2 sudu cengkih.

4. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.

Cara Buat Racun Organik Bawang Putih+Cili Padi

Aturannya

Ambil 20 ml racun pilihan untuk 20 liter air.

Tambahkan 20 ml sabun basuh baju.

Kacau sebati

Sembur bawah dan atas daun.

Apa Itu Kaedah Double Boiling

Ambil 1 periuk leper dan letak di atas periuk yang bersaiz besar yang diisi air. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan sampai adunan tadi jadi sebati.

Kaedah ini yang biasa digunakan untuk mencairkan coklat.

Baca Ini

“Racun yang selalu saya guna untuk perlindungan pokok cili saya adalah dari semambu dan bawang putih sahaja. Buat sendiri aje. Masa proses pun nak muntah dibuatnye sebab bau dia yang memeningkan.

“Selama 5 bulan hasil tanaman saya cuma sekali sahaja saya pakai racun kimia. Tu pun racun kulat. Setakat ini performance semambu dan bawang putih tak mengecewakan.”

Buat pengusaha cili mahupun suri yang mengusahakan pokok cili secara sambilan itu, Jika sebelum ini, racun organik bawang putih dan cili kurang berkesan, apa kata cuba pula racun organik bawang putih dan daun semambu. – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *