Rahsia ‘Chinese Casanova’ Terbongkar

Rahsia seorang lelaki yang berasal dari China terbongkar selepas dia mengalami mengalami kemalangan  dan dibawa ke hospital.

Rahsia lelaki yang bernama Yuan itu terbongkar apabila dia ternyata bukan mempunyai seorang sahaja kekasih tetapi 17 orang.  Menurut worldoffbuzz, peristiwa ini telah berlaku pada tahun 2015 dan kini ia kembali tular.

Menurut South China Morning Post, salah seorang kekasih Yuan yang bernama Xiao Li mengatakan “Kami telah bercinta selama setengah tahun.  Saya sangat risau ketika mendapat tahu dia di hospital, tetapi ketika saya melihat ramai gadis yang lebih cantik dari saya datang, saya tidak boleh menangis lagi.”

Seorang lagi kekasih Yuan bernama Wan Fang menyatakan, “Kami sudah memiliki soerang anak lelaki.  Apa yang saya perlu lakukan sekarang? Saya tidak mencintainya lagi tetapi saya sayang anak saya.”

Xiao Li akhirnya membuat ‘group chat’  bernama ‘Revenge Alliance’ bersama 17 orang kekasih Yuan di WeChat.  Disitu mereka mendapai yang Yuan telah meminta wang setiap bulan dari beberapa orang kekasihnya.

Dia telah menipu bekas isterinya sebanyak 250 yuan (RM153). Selain itu, dia juga telah mengambil wang kekasih yang lain sebanyak beratus ribu yuan.

Selain itu, Yuan juga telah memalsukan ijazah sarjana awamnya dari Central south Univeristy, Tiangkok.

Kesudahannya, Yuan menerima pertuduhan atas kesalahan penipuan.  Tindakan Yuan itu telah mencipita kekecohan dia media sosial pada waktu itu.  Ramai penguna yang kagum serta hairan dengan kemampuan Yuan untuk curang dengan gadis seramai itu tanpa diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *