Ransang Aktiviti Bayi 3 – 12 Bulan Dengan Teknik Yang Tepat

Kebanyakan orang fikir dalam pengasuhan hanya perlu asuh bayi sahaja iaitu mandi, bagi susu dan tidurkan bayi. Sebenarnya perkembangan bayi akan dapat digalakkan dan diransang sekiranya ibu bapa atau pengasuh bayi dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk bayi.

Pakar Pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Noazura Ismail berkongsi beberapa aktiviti yang anda boleh jalankan bersama bayi anda sama ada di rumah ataupun di TASKA mengikut perkembangan usia mereke

Bayi 3 Bulan

Merenyuk kertas atau plastik/kertas

Beri main lembut@soft toys yang mempunyai bunyi yang boleh dipegang oleh bayi.

Dengarkan muzik atau nyanyian kepada bayi (rhymes)

Bayi 4 Bulan

Letak bayi di depan cermin yang besar

Berbual mesra dengan bayi

Letakkan pelbagai mainan lembut di hadapan bayi supaya bayi boleh pegang, rasa dan capai.

Bayi 5 Bulan

Buat sesuatu sebagai galakan untuk bayi meniarap. Anda boleh gunakan bahan yang menarik sebagai dorongan kepada bayi.

Baringkan bayi, Kemudian pegang tangan bayi. perlahan-lahan tarik tangan bayi dari keadaan baring kepada duduk sambil mengacah bayi. lakukan berulang kali. jangan lupa , mesti ada komunikasi dengan bayi anda.

Tunjukkan kepada bayi gambar objek yang besar dan berwarna warni. Misalnya, tunjukkan gambar binatang. Sambil tunjukkan gambar, beritahu bayi tentang gambar tersebut. lakukan aktiviti ini berulang.

Letak sesuatu objek di hadapan bayi. beri galakan supaya bayi merangkak ke hadapan untuk mencapai objek tersebut.

Bayi 6 Bulan

Beri peluang kepada bayi yang baru hendak belajar duduk, bersandar pada anda atau pada bantal. Bercakap-cakaplah dengan bayi.

Main ‘genggam-gami” (Genggam dan buka jari berulang kali) atau main ‘cak ba’ dengan bayi.

Mari bawa bayi bersiar-siar di halaman rumah atau taman mini di TASKA.

Beri bayi mainan yang mudah dibasuh. Bayi memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut untuk meneroka. Oleh itu, pastikan mainan di basuh dan mempunyai ciri-ciri yang selamat.

Bayi 7 Bulan

Beri bayi pelbagai mainan yang berlainan untuk dirasa, disentuh , dipegang atau disusun.

dengarkan muzik yang ceria dan rancak.

beri buku2 bergambar yang berwarna warni.

berbual dan bercakap dengan bayi menggunakan bahasa yang betul.

Bayi 8 Bulan

Beri bayi mainan pelbagai yang boleh diketuk, dibaling, dipicit dan sebagainya.

Sediakan persekitaran yag bersih dan selamat untuk bayi merangkak, menjulur dan duduk.

Letakkan pelbagai jens bahan permainan yang bersih dan selamat di persekitaran tadi.

Bayi 9 Bulan

Sediakan objek yang kecil yang boleh dikutip atau dikumpul oleh bayi.

Biar bayi mendengar namanya dipanggil berulang kali.

Menyanyi bersama dengan bayi.

Bayi 10 Bulan

Sediakan alat sokongan seperti kerusi untuk bayi cuba belajar berdiri.

Menyanyi dan membuat pergerakan bersama bayi.

Bawa bayi bermain bersama-sama bayi lain yang hampir sebaya.

Bayi 11 Bulan

Bawa bayi belajar berjalan dengan memegang kedua-dua tangannya.

Beri bayi pelunag untuk cuba menyuap sendiri makanan ke mulutnya.

Bayi 12 Bulan

Galakkan bayi berjalan atau berlari di persekitaran yang selamat.

Beri bayi main dengan bola yang boleh dikutip dan dibaling.

Bawa bayi berjalam-jalan sambil melihat keindahan alam.

Selain menjalankan pelbagai aktiviti untuk bayi, asuhan dan jagaan yang baik dan sempurna turut membantu perkembangan bayi yang positif. – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *