Roket berkuasa tinggi bakal dilancarkan oleh China.

BEIJING: China bakal melancarkan sebuah roket berkuasa tinggi, esok sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas negara itu.

Direka khas untuk mengangkut komponen stesen angkasa lepas dan peralatan komunikasi satelit, Long March-5 Y2 ialah roket pengangkut kedua milik Beijing yang mampu membawa muatan sehingga 25 tan atau 16 buah kereta pada setiap misi.

Ia akan dilancarkan dari pusat pelancaran Wenchang di wilayah Hainan dan membawa bersama peralatan eksperimen komunikasi satelit Shijian-18.

Satelit itu dilaporkan beroperasi di orbit geosynchronous dan menyediakan perkhidmatan komunikasi untuk wilayah China dan meningkatkan keupayaan internet, selain memberikan akses untuk lebih banyak saluran televisyen.

Agensi berita Xianhua melaporkan minggu lalu bahawa Long March-5 Y2 akan menggunakan minyak cecair hidrogen, minyak tanah dan cecair oksigen.

Program angkasa lepas bernilai jutaan bilion itu dianggap sebagai satu simbol kejayaan Parti Komunis dalam meningkatkan kekayaan negara berkenaan yang satu ketika dulu dilanda masalah kemiskinan.

Bulan lalu, China berjaya melancarkan projek teleskop angkasa lepas pertama, dikenali sebagai March-4B khusus untuk mengkaji kewujudan lubang hitam, pulsar dan sinaran cahaya gamma. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *