Rompak $1 dari Bank hanya untuk dapatkan Penjagaan Kesihatan Percuma

Hidup tidaklah indah buat seorang lelaki bernama James Verone, 59 tahun, yang menetap di Gaston Country, North Carolina. Selepas kehilangan pekerjaannya sebagai ‘delivery man’ yang dipegangnya selama 17 tahun, dia juga kehilangan insurans kesihatannya yang menghalang dia untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi beberapa penyakitnya iaitu slipped discs, arthritis dan kecederaan kaki.

Berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan, Verone telah memilih rancangan yang kreatif yang menjaminkan dia mendapat rawatan perubatan secara percuma.  Verone memutuskan untuk merompak bank tempatan tetapi berbeza dengan perompak yang lain, permintaan wangnya adalah rendah.

Dalam nota penebusannya, dia hanya meminta 1 dollar sahaja. Selepas memberi nota itu kepada pekerja bank, Verone memberitahu, “Saya akan duduk dikerusi itu, menunggu polis.”

Sebelum memutuskan untuk membuat “rompakan terkecil di dunia”, Verone telah menghantar surat kepada akhbar tempatan menjelaskan jenayahnya – “Apabila anda menerima ini, saya telah melakukan satu rompakan bank. Saya melakukan rompakan itu hanya untuk 1 dollar… Fikiran saya sihat tapi tidak badan saya.”

Polis yang menyiasat kes itu mendapati Verone telah menghabiskan banyak masa untuk merancang rompakan itu.  Menghampiri masa untuk melakukan rompakkan, dia telah membayar semua sewanya yang tertunggak, serta menderma hartanya ke rumah kebajikan.

Sumber mengatakan, “Dia sudah bersedia untuk pergi. Kebanyakan orang tidak akan kisah apa yang mereka tinggalkan, tapi dia memikirkan semuanya.  Ia agak menyedihkan yang dia perlu merompak hanya untuk mendapatkan rawatan perubatan.”

Sejak ditahan, Verone telah diletakkan di Gaston Country Jail, di mana dia telah menerima beberapa rawatan.  Namun, pembedahan untuk pulihkan kecederaan seriusnya akan mengambil masa yang lama, dan hukuman yang diterimanya terlalu singkat untuk membolehkan pembedahan itu selesai.

Satu sumber lain berkata, “Saya harap Verone menerima hukuman sekurang-kurangnya tiga tahun. Itu mesti cukup untuk dia mendapatkan semua rawatan yang diperlukan dalam sistem penjara.  Malangnya, kesalahannya terlalu kecil, dia mungkin akan ditahan kurang dari 12 bulan.”

Pengguna media sosial telah meninggalkan komen mengatakan, “Realiti di Amerika.  Memalukan bila kita boleh habiskan berjuta-juta dollar untuk bunuh orang di negara lain tetapi kita hidup di tempat perlindungan. Ini semakin banyak belaku tetapi media tidak pernah melaporkan tentang gelandangan.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *