Rumah Minimalis Ini Mempunyai Cermin Yang Boleh Hilang Dalam Tanah

Konsep rumah minimalis dan moden nampaknya semakin mendapat dihati pengguna. Bukan sahaja berjaya menawarkan ruang yang tampak yang lebih luas dan berguna, malah rumah dengan dengan konsep mimalis juga diakui lebih mudah untuk dibersihkan.

Seiring dengan minat orang ramai terhadap rumah dengan konsep rekaan seperti ini, Bergmeisterwolf selaku syarikat yang melakukan pengubahsuaian interior telah mengambil langkah yang sedikit berbeza terhadap rumah yang telah berusia hampir 200 tahun ini.

Penggabungan motor dan beberapa komponen lain berjaya membolehkan rumah ini melaraskan dinding sedia ada agar tampak lebih luas atau dalam erti kata lain, dinding yang tersedia mampu disimpan secara kemas di dalam tanah. Selain itu konsep ini juga boleh juga digunakan pada mana-mana dinding untuk meluaskan ruangan di dalam rumah.

Buat yang berminat dengan konsep rekaan Bergmeisterwolf, anda boleh ikuti dengan lebih lanjut di laman web mereka. Mungkin ini teknologi terbaru yang bakal diimplementasi pada rumah-rumah akan datang. – tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *