Rumahtangga Jadi Lintang Pukang Kerana Mulut Puaka Ibu Mertua Dan Ipar

Orang selalu pesan, jika tiada perkataan yang baik untuk dilontarkan, sebaiknya tutup mulut dan diam. Sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati orang lain, dosa pun tak senang-senang nak dapat kan.

Jangan sibuk menilai kehidupan orang lain, baik buruk kehidupan orang lain itu adalah sebahagian ujian untuk mereka dari yang maha Esa, jangan sebab kita rasa hidup kita lebih baik dari orang lain, kita senang-senang hendak mengutuk dan memperlekehkan kehidupan orang lain.

Begitu kisah yang hendak dikongsikan ini, kehidupan berumahtangga menjadi tunggang langgang dek kerana mulut puaka ibu mertua dan ipar, mulut yang sentiasa menjaja cerita buruk dan mengutuk orang akhirnya ALLAH S.W.T membalas dengan cara yang sama kepada mereka.

“Assalamualaikum admin…hide profil saya ye…apa yang saya kongsikan ni adalah sekadar nasihat mengenai kifarah….semasa saya dan suami tinggl sebumbung dgn MIL perangai suami teruk sangat..duit x pandai simpan..saya simpan dia minta balik..klu x bagi buat perangai merapu,merepek yg saja menaikn angin saya..rupanya suami ada perangai(ambil pil kuda)..saya cuba bersabar.saya kerja dia x kerja.nasib pun x menyebelahi saya..adik ipar saya jenis batu api( dia pun dah berkahwin duduk sekali dlm rumah MIL saya)..tapi sy x kisah..tu kan rumah mak bapak dia.

Nak dijadikan cerita,rupanya sepanjang saya berkerja..anak duduk dgn suami..dia duk bergosip dgn mak dia..hasut suami ckp x harap saya kerja..sy curang la..dah tu batu apikan konon x ada laki jaga anak..basuh berak anak mcm suami saya..suami saya saja yg bodoh…suami dia kerja kampung ..kiranya dia and suami keluarga contoh la sebab suami cari makan dia jaga anak n suri sepenuh masa..perfect la..saya ni tunggang langang..bukan sy x suruh suami kerja..tapi dah berkali kerja asik berhenti..x jadi kerja..yg merana siapa..saya dn anak..saya nekad cari duit sendiri tolong suami..itu pun dia nk kondem saya…mak.mertua pun sanggup kata kat suami anak derhaka sebab konon kerana saya.saya cuba buat baik dgn mereka dri segi kewangan saya x kedekut..tpi dek kerana si batu api semua saya buat semua salah..

Nak di jadikan cerita..setelah 4 tahun duduk dgn MIL(pernah juga saya lari dri rumah MIL sebab x tahan sngt dorg awal pagi dah mengumpat org sekililing anak beranak) n saya bergaduh besar dgn MIL..suami masa tu macam tunggul langsung x back up saya..saya dan suami pindah ke bandar dn sya kerja lagi n suami jaga anak.bila.jauh begitu baru kami boleh hidup dgn aman..suami pun dah x buat perangai..dia mula berubah sikit demi sedikit..seolah sabar saya ada hasilnya…sekarang sudah nak masuk 3 tahun kami hidup d perantauan..(raya balik juga)..baru baru ni saya dengar la dri suami konon adik dia tu dah kerja jugak..(dulu mati mati ckp kerja isteri kat dapur je) ..nak dijadikan cerita..tup tup laki dia pun main pil kuda juga..lagi teruk sekarang menagih air ketum..

Allah bagi rasa bagaimana punyai suami bermasalah dgn anak masih kecik..dulu dia lantang je ckp ak x pandai jaga n layan suami..sama juga FIL pun..sindir aku x habis habis…gaduh sekampung dengar,sekarng suami dia x kerja..dia pun cuma berapa bulan kerja pastu berhenti…nak dikatakan sekarang apa yg saya rasa dulu dia pula merasa…dia nasib ada mak bapak.lagi boleh mengadu.saya ni mak bapak dah x ada..saya sorg hadapi…sini saya nak nasihatkn,jgn lah sesekali menghina..merendahkan maruah org dgn sengaja..kifarah Allah tu ada..saya pun bukan lah gembira dgn nasib menimpa dia..tapi berharap dia insaf dan ubah sikap nya yg bermulut lancang dn suka mengata org dan memaki org tu…ingtlah juga..walau apa pun suami kita kalau sayang jgn lah pernah putus asa..kita jgn harap pada lain..Berharap dan berdoa lah pada Allah yang Esa..semua orng pernah lakukan kesilapan..”

Terdapat banyak pengajaran dari kisah ini, sepatutnya mertua dan ipar jangan masuk campur dalam urusan rumahtangga orang, jaga dulu aib sendiri dan jangan pula membuka aib orang, ingatlah Allah s.w.t itu tidak pernah tidur, kifarah itu ada. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *