Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos

Kemunculan Samsung Galaxy Note 8 amat dinantikan selepas insiden letupan rawak Note 7 mengakibatkan jualan peranti dihentikan.

Tidak seperti model-model sebelum ini, Note 8 akan menggunakan skrin Infinity Display serta sistem dwi-kamera buat pertama kali.

Ini adalah rekaan baru yang diharap akan mengembalikan pengguna kepada phablet utama keluaran Samsung.

Tarikh pelancaran peranti ini bukan lagi misteri selepas disahkan sendiri oleh DJ Koh yang merupakan presiden bahagian peranti mudah alih Samsung.

Beliau dipetik media Taiwan mengatakan Note 8 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung Ogos. Ura-ura sebelum ini mengatakan ia besar kemungkinan akan berlangsung pada 26 Ogos di New York. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *