Sedih Tengok Perempuan Melayu Jadi Pelacur

Jika dilihat secara mata kasar, ia hanyalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang tanpa kita menyedari didalamnya terdapat aktiviti pelacuran.

Namun, operasi Jabatan Agama Islam, semalam membongkar rahsia di sebalik premis itu, apabila ia sebenarnya merupakan sarang pelacuran.

Hotel yang terletak di tengah bandaraya itu didapati masih aktif menjalankan kegiatan tidak bermoral menyebabkan kami melakukan serbuan di kawasan berkenaan kira-kira 11 pagi membabitkan 15 anggota dan 10 pegawai Bahagian Penguatkuasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa, Rahimin Bani berkata, menerusi pemeriksaan semalam, pihaknya menemui beberapa bukti seperti kondom terpakai kelihatan masih baru dan peralatan menghisap ganja.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan, mereka mengesahkan premis terbabit merupakan tempat pelacuran.

Menerusi beberapa pemantauan saya sendiri pada sebelah pagi dan tengah hari, jelas nampak pelanggan keluar masuk di situ.

Tetapi, sebaik saya menggunakan kenderaan rasmi, pintu jeriji besi segera ditutup. Malah, kelihatan juga kelibat tonto,” katanya.

Menurutnya, kami percaya hotel berkenaan beroperasi tanpa lesen dan dilindungi kumpulan tertentu. Bagaimanapun, katanya, pihaknya melakukan serbuan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.

Kita terpaksa memotong jeriji besi untuk masuk ke hotel terbabit dan mendapati terdapat 22 bilik termasuk 10 bilik ada penghuni.

Ia berdasarkan terdapat pakaian serta makanan di dalam hotel terbabit. Kita turut menemui kondom terpakai kelihatan masih baru di dalam mangkuk tandas dan bakul sampah.

Terdapat juga kondom yang masih belum dibuka diletakkan di bawah tilam, manakala kita turut temui peralatan menghisap ganja,” katanya yang turut menyertai operasi berkenaan, semalam.

Rahimin bagaimanapun berkata, tiada sesiapa yang ditahan dalam operasi itu apabila suspek dipercayai meloloskan diri menerusi bumbung yang dipecahkan untuk ke premis sebelah. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *