Selepas Berkahwin, Isteri selalu Berkurung Dalam Bilik, Rupa-Rupanya…

18/07/2017 – Lelaki dan DOTA memang tidak boleh dipisahkan? Sebenarnya masih ramai lagi lelaki yang tidak pernah bermain DOTA. Tetapi, ramai lelaki yang bermain DOTA impikan seorang isteri yang kaki game juga.

Itulah yang diharapkan oleh lelaki ini, dia berharap mendapat isteri kaki gamer. Lelaki ini dahulunya suka bermain game terutamanya DOTA. Hidup bermain DOTA ini berbulan-bulan berkurung saja dalam bilik.

Akhirnya, maknya mula bising dan menyuruhnya mencari kerja dan kurangkan bermain game. Selepas itu dia nekad itu mengubah cara hidup dan kurangkan bermain game dan mencari kerja dan meminta ibunya berdoa supaya dia mendapat isteri yang kaki gamer.

“Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah.

“Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja. Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap. Entah apa kena dengan perempuan ini.

“Akhirnya, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. Selepas berkahwin, aku jadi makin seganlah. Dia lagi segan sebab asyik lari masuk bilik saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku selalu berdota dalam bilik. Bosan kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik? Aku pula jenis tak reti berkata-kata bila isteri pun diam, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV.

“Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ke?’ tanya isteri aku. Aku terkejut dan dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party main sama. Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota juga. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya. Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

“Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Saya pun apa lagi, cuba nak dapat rampage setiap game, isteri seronok juga dan cakap aku pro.

“Isteri aku memang penyokong terbaik aku. Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *