Sempadan Malaysia – Thailand Bakal Dibuka 24 Jam

Songkhla – Perniaga dan pegawai tidak sabar menunggu pelepasan sempadan utama Malaysia – Thailand dibuka untuk sepanjang masa.

Wilayah itu telah menubuhkan panel untuk mengkaji kemungkinan kesan membuka kaunter pemeriksaan Dannok selama 24 jam sehari bagi mengakhiri barisan panjang di imigresen dan peningkatan kesesakkan kargo serta mempromosikan perdagangan juga pelancongan.

Timbalan Gabenor Songkhla, Kajornsak Charoensopha menyatakan yang wilayah itu telah bersetuju dengan idea dasar itu tetapi sedang menunggu laporan kajian komprehensif dari Prince of Songkhla University.

Fakulti ekonomi di universiti itu telah ditugaskan untuk menjalankan kajian, dan menunjukan isu persediaan wilayah dan keperluan perniagaan yang perlu ditukar berikutan perubahan itu.  Laporan itu dijadualkan siap pada bulan hadapan.

Kedua-dua negara telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh satu jam waktu bekerja di pusat pemeriksaan Dannok dan Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk mengurangkan kesesakkan yang semakin meningkat di kedua-dua arah.

Pejabat Thailand kini buka dari jam 5 pagi sehingga 11 malam manakala di Malaysia dari jam 6 pagi sehingga tengah malam.

Menurut Kementerian Perdagangan, pusat pemeriksaan Dannok adalah tempat yang paling sibuk untuk laluan sempadan di Selatan dan juga untuk perdagangan dengan Singapura melalui Malaysia.  Dianggarkan 98% perdagang melalui sempadan Thailand-Malaysia.

Malaysia telah mencadangkan sempadan dibuka selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Sempadan Johor Baharu – Singapura juga telah beroperasi selama 24 jam.

Pengerusi Songkhla Chamber of Commerce, Kawitpong Sirithananonsakut menyatakan perdagangan dan pelancongan yang semakin meningkat di Asia Tenggara membuatkan kedua-dua negara tidak boleh mengelak dari membuka sempadan mereka.

“Secara keseluruhan, sektor pelancongan akan memberi manfaat yang paling banyak (untuk Thailand), dan diikuti oleh pengangkutan.”

Namun, Kawitpong memberi amaran bahawa terdapat beberapa penurunan untuk sektor pelancongan apabila rakyat Malaysia boleh masuk dan keluar Thailand pada bila-bila masa.

Kawitpong menambah, “Kebimbangan bagi pengusaha pelancongan adalah apabila pelancong Malaysia tidak perlu bermalam di Thailand.”

Hat Yai merupakan destinasi utama bagi pelancong Malaysia yang berkunjung ke Selatan Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *