Setpol Guan Eng tuduh SPRM diperalatkan oleh BN?

18/7/2017– Inilah cara mudah dan jelik puak Pakatan Harapan sering pamerkan. Apa sahaja kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka, pasti mereka akan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan. Salah mereka jadi salah orang lain. Seperti mereka sahaja yang betul.

Tak cukup DAP cuba menjaja cerita kononnya Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) memberikan tekanan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC), kini tuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula diperalatkan oleh BN berhubung Kerajaan DAP Pulau Pinang tolak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Sebelum ini, SPRM kesal dengan keengganan Kerajaan DAP Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata bahawa setiap negeri sama ada bersedia atau sudah melakukannya kecuali Pulau Pinang.

“Tinggal satu negeri sahaja (yang enggan menandatangani IBR). Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam yang juga setiausaha politik Lim, Wong Hon Wai berkata bahawa SPRM tidak pernah menulis kepada kerajaan negeri mahupun ketua menteri berhubung perkara berkenaan.

“Macam mana kerajaan negeri Pulau Pinang boleh buat keputusan sama ada setuju atau tidak dengan ikrar bebas rasuah sekiranya tidak menerima sebarang surat daripada SPRM?” kata Hon Wai.

Hon Wai berkata bahawa serangan SPRM terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tidak berasas serta juga dilihat berat sebelah dan cenderong kepada BN, kerana menggunakan laporan pemimpin BN Pulau Pinang atau NGO-NGO yang pro-BN.

“Bolehkah SPRM menulis surat kepada Ketua Menteri yang menwaikili kerajaan negeri Pulau Pinang, atau mereka lebih berminat membuat serangan politik menjelang pilihanraya umum ke-14?” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri lebih berminat dengan pegawai tertinggi Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka dan bukannya menandatangani “ikrar bebas rasuah” – inisiatif yang dimulakan oleh Putrajaya.

Katanya, ini disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low, yang bertanggungjawab terhadap dasar berkaitan ketelusan, semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Tetapi ia tidak berhasil bila Paul Low berkeras tidak mahu memasukkan syarat ‘mewajibkan semua pemegang jawatan pentadbiran kerajaan mengisytiharkan aset peribadi mereka secara umum’ dalam ikrar integriti itu,” kata Hon Wai. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *