Sindiket Macau Scam berjaya ditumpaskan oleh Polis.

GEORGE TOWN – Satu sindiket Macau Scam yang menyalahgunakan nama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) dilumpuhkan selepas 50 individu yang dipercayai terlibat ditahan di sebuah banglo di Puchong, Selangor Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa ditipu oleh sindiket itu di Balik Pulau dekat sini Mei lalu.

Menurutnya, sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai pegawai dari BNM dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bagi memperdaya mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket.

Abdul Ghani berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket itu telah memperdaya 82 mangsa dengan melibatkan kerugian RM2.74 juta sejak Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *