Suami Kahwin Lagi Kerana Isteri Mengalami Rahim Jatuh

17/07/2017 – Perkara biasa pada wanita yang berkahwin, antara masalah yang dihadapi adalah “keputihan” dan “kelonggaran”. Tetapi, penyakit yang paling digeruni oelah setiap wanita adalah masalah tombong atau rahim jatuh.

Apabila isteri sudah mengalami masalah rahim jatuh setiap kali wanita duduk akan basah berair, mengeluarkan bau busuk dan tidak boleh melakukan ‘sex’

Janganlah mengambil mudah masalah rahim jatuh ini kerana ada satu kes seorang isteri terpaksa hidup bermadu kerana suami cari lain disebabkan masalah keputihan dan rahim jatuh (tombong) yang tahap teruk.

Ini antara punca peranakan atau rahim boleh jatuh. Pertama, sebab kemalangan yang kuat. Contohnya jatuh terhentak atau terduduk yang kuat. Sebab tu kena elakkan & berhati-hati semasa buat apa-apa aktiviti lasak.

Kedua seks yang keterlaluan. Yang ini buat aksi-aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.

Ketiga, mengangkat benda-benda berat.

Keempat, tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.

Beberapa kaedah rawatan yang boleh dilakukan antaranya pertama adalah berurut. Biasanya memang mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan Asal.

Kedua, bertungku. Jika ada saja rasa tanda-tanda itu, ambil tungku dan tungku bawah perut dan pada peha naik ke atas sambil baca selawat. In syaa Allah ok.
Jika peringkat teruk, mungkin kena buat operation untuk betulkan balik kedudukan rahim.

Ketiga, kemut. Mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.

Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.

Kesan rahim jatuh atau rahim rendah kandungan mudah gugur (tapi ini semua kuasa Allah. ada juga yang rahim rendah tapi boleh lekat baby, bergantung juga kepada kekuatan rahim.

Sebagai wanita jagalah kesihatan anda itu dengan baik kerana rahim itu nak guna lama. Malah, rahim adalah lambang kewanitaan. Ia aset berharga kepada setiap wanita. Justeru itu ibu bersalin wajib berpantang dengan cara yang betul. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *