‘Tak Sampai 2 Minit Dia Hilang Dari Pandanganku, Jantung Bagaikan Terhenti!’

Bila baca pengalaman Ibu ini, cukup risau dengan kalau ada ibu-ibu yang terlepas pandang pantau anak di tempat ramai orang. Moga ibu ayah di luar sana akan lebih waspada dan fokus anak. Jom baca cerita dari ibu mangsa, Siti Idna Razali…

Ya Allah Ya Tuhanku… terima kasih kau lindungi anakku. Tadi siang hampir-hampir anakku ini hilang/kena culik. Allah je yang tahu perasaan aku time tu. Aku menjerit-jerit smbil menangis, pangil nama anakku…tapi dia tiada di situ dalam sekelip mata. Padahal sebelum kejadian, dia berada di sisiku. Tak sampai 2 minit dia hilang dari pandanganku dan suami. Jantungku bagaikan terhenti, diriku bagaikan mati hidup semula. Syukur Alhamdulillahhhh… Allah swt ketemukan semula aku dengan anakku. Tak dapat aku ungkap dengan kata-kata bila terjumpa semula anakku dalam keadaan menangis dan ketakutan. Aku terus peluk dia sambil menangis juga. Bila tanya dia kata ada orang bawa dia. Allahhh… sakitnya dadaku bila dengar, nasiblah tak ada yang buruk berlaku. Allahh jaga dia untukku. Sujud syukur sangat-sangat aku pada Allah swt kerana lindungi anakku.

Tujuan ku menulis ini bukan nak cerita suka-suka tapi nak nasihatkan pada ibu ayah di sini termasuklah diriku sendiri supaya lebih berhati-hati. Aku belajar dari kesilapanku, kesilapan yang tak akan aku ulangi lagi. Tolonglah peka dan perhatikan anak-anak kita 24jam apabila berada di kawasan yang ramai orang sebab orang jahat ni pandai. Tempat yang kita leka melihat barang itulah, dia tarik anak kita dalam senyap-senyap. Allahhhhhhuakbar… aku jadi fobia untuk keluar lagi. Doaku untuk ANAKKU DAN ANAK-ANAK SEMUA…. MOGA ALLAH SWT SENTIASA LINDUNGI DI MANA SAHAJA ANAK-ANAK KITA… AMINNNNNNNNNNN.

Cara Selamat & Alat Yang Boleh Bantu

Beberapa tahun dahulu, penggunaan “baby harness” yang dipasang di keliling pinggang atau pergelangan tangan dikecam sebagai tidak sesuai dan seolah membawa binatang. Ada pula yang menggambarkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Namun ramai ibu bapa muda moden tidak mengendahkan pandangan atau kecaman negatif masyarakat, sebaliknya ia digunakan secara berleluasa demi faktor keselamatan anak.

Jadi untuk anda sendiri, terpulang pada diri sendiri. Takut dikecam atau takut anak hilang, jawapan ada pada anda! – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *