Telinga Masuk Serangga? Ini Apa Yang Perlu Kamu Lakukan Segera

Serangga yang masuk ke dalam telinga boleh jadi menyebabkan kesakitkan dan boleh menimbulkan kebimbangan. Risau juga kalau serangga masuk terlalu dalam dan boleh jadi tinggal di dalam telinga sampai menimbulkan jangkitan. Jadi untuk itulah ketika telinga kamu masuk serangga, maka kamu perlu bijak dalam memilih langkah untuk mengeluarkannya.

Jadi, langkah apakah yang selamat untuk dilakukan untuk mengeluarkan serangga yang tersalah masuk ke dalam telinga? Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari boldsky.com, berikut adalah caranya.

1. Gunakan minyak zaitun

Ketika serangga tersebut terperangkap di dalam telinga, titiskan dengan minyak zaitun yang sudah dihangatkan sebelumnya. Minyak akan membuat serangga mati dan boleh keluar bersama dengan ketika mengalirnya minyak dari dalam telinga.

Pastikan bahawa suhu dari minyak zaitun benar-benar hangat. Jangan menggunakan minyak panas yang justeru akan menyebabkan jangkitan baru.

2. Titiskan alkohol

Jika tidak ada minyak zaitun, titiskan dengan alkohol untuk mengeluarkan serangga. Alkohol juga boleh berfungsi untuk membersihkan telinga.

3. Jangan mengorek dengan putik telinga

Jika serangga masuk ke dalam telinga, jangan mengoreknya dengan putik telinga. Ini kerana tindakan tersebut akan mendorong serangga masuk terlalu jauh dan boleh merosakkan gegendang telinga.

4. Jangan memasukkan jari

Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam telinga. Selain akan membuatkan serangga masuk terlalu dalam, tindakan ini juga boleh meningkatkan rasa sakit di telinga.

Jika serangga tersebut tidak keluar juga, terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut. Apa-apa kesilapan yang dilakukan ketika mencuba tips ini mungkin boleh merosakkan pendengaran anda.

Dan bagi yang mahu mengelakkan serangga masuk telinga, anda mungkin boleh cuba mengurangkan membersihkan kotoran telinga terlalu kerap, jangan ingat kotoran telinga itu tidak ada apa-apa fungsi tau! – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *