Teman ‘Suami Orang’ Tengok Wayang, Akhir Terkena Ilmu Pengasih

17/07/2017 – Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

Tetapi, disebabkan ingin memiliki seseorang wanita yang diidamkan ramai orang yang sanggup melakukan perbuatan haram ini. Ilmu pengasih ini sangat senang kerana boleh mendapatkan wanita idaman mereka dengan sekelip mata.

Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila dirinya telah menjadi mangsa ilmu pengasih oleh suami orang. Disebabkan tidak melayan teguran dari rakan sekerjanya itu dirinya telah menjadi mangsa ilmu pengasih.

“Ingin memperkenalkan diri sebagai Farhani, seorang fresh grad dan diterima bekerja sebagai cashier di sebuah pasaraya di Subang Jaya. Sewaktu tiba bekerja di hati cuma ingin mencari duit sahaja.

“Sewaktu 2 minggu saya bekerja di sana, ‘suami orang’ saya namakan sebagai Ashraf menegur saya. Dia sangat-sangat mencuba untuk bercakap dengan saya hakikatnya saya jual mahal nak mampus.

“Pada satu hari daa mengajak saya tengok wayang katanya sebab kawan tak ada untuk teman. Saya cuma ikutkan sebab ingatkan cuma kawan-kawan sahaja.

“Lepas balik dari tengok wayang, saya asyik teringatkan dia. Malah keinginan untuk ‘bersama’ sangat tinggi. Saya pulang ke kampung untuk berubat dan akhirnya saya diberitahu bahawa saya terkena ilmu pengasih.

“Selepas kejadian itu saya sudah tinggalkannya. Tapi perasaan sayang, rindu masih menebal pada Ashraf. Selepas tinggalkan dia saya sakit yang teramat sangat. Adakah minyak pengasih itu masih ada, tapi saya dah buang. Tiap malam namanya menjadi igauan dan saya sudah penat,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *