Tukang gunting Cipta Lantai Unik Menggunakan 700 Ribu Syiling

Rich Davies yang merupakan seorang tukang gunting rambut di West Midlands mempunyai cara yang bijak untuk memotong perbelanjaan pembukaan kedai potang rambutnya.

Daripada membayar harga yang mahal untuk lantai, Rich, 28 tahun, bersama pekerjanya memutuskan untuk menutup lantai kedai itu dengan 70 ribu syiling bernilai satu pence. Dan ternyata hasilnya sangat menakjubkan.

Rich yang merupakan pemilik BS4 Barber di Dudley, West Midlands percaya kos £1 ribu untuk lantai baru adalah terlalu mahal dan mahu lakukan sedikit luar biasa, jadi dia putuskan kedainya ke arah yang lain.

Kini, kedai Rich kelihatan fenomenal selepas dia sendiri telah menutupi 10-15 kaki lantai kedainya mengunakan 70 ribu duit syiling. Rich ternyata tidak menyesali keputusannya  itu dan menyatakan yang perniagaannya telah meningkat semenjak membuat perubahan itu.

Lebih mengangumkan, Rich telah berjimat sebanyak £300 melalui idea bijaknya itu, bayar £700 untuk 70 ribu syiling satu pence, berbanding harga yang diminta sebanyak £1 ribu.

Namun, ternyata tidak mudah untuk Rich mengumpul 70 ribu syiling. Rich terpaksa mengembara ke England demi menukar wang tunainya kepada wang syiling yang lebih kecil.

Rich memberitahu Daily Mail Online, “Pelawat kerap datang ke kedai dia untuk mengambil gambar dan mereka telah mendapat ramai pelanggan daripada itu. Kadai ini telah dibuka sejak 7 Julai dan mengambil masa 16 minggu untuk proses pengubahsuaian.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *