[VIDEO] Didakwa Kaki Syabu Dan Skandal Dengan Laki Orang, Tun Nadia Tampil Membela Diri

Selepas Astro Gempak menyiarkan artikel mengenai seorang jejaka mendakwa seorang wanita yang merupakan penyampai radio sebagai ‘kaki’ dadah jenis syabu dan tidak mengenang budi, ramai yang membuat spekulasi.

Menerusi ruangan komen di laman Facebook Astro Gempak, ramai yang meninggalkan komen mendakwa Tun Nadia, seorang pengacara dan bekas penyampai radio sebagai individu yang dimaksudkan.

Tampil menjawab persoalan dan segala spekulasi, Tun Nadia memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Tun Nadia menjawab segala dakwaan yang netizen tujukan kepadanya.

“There are three things in the world that deserve no mercy, hypocrisy, fraud and tyranny. You no longer have power over me.

“Thank You for caring. Besar maknanya pada saya,” tulis Tun Nadia di ruangan kapsyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *