[VIDEO] Peminat Cerita Seram Wajib Dengar Siaran Radio Berhantu, Misteri Jam 12

Radio berhantu ini mungkin agak asing di Malaysia. Tapi bagi penduduk di Johor mungkin mereka tahu akan kewujudan Misteri Jam 12 ini.

Bagi peminat misteri dan seram, rancangan ini telah menjadi satu fenomena kepada mereka. Banyak perbualan penggemar cerita seram sejak kebelakangan ini telah terarah kepada radio cerita seram ini.

Misteri Jam 12 merupakan sebuah segmen yang disiarkan dalam rancangan siaran radio dari Singapura iaitu Ria FM. Segmen itu yang dikelolakan oleh Dj KC, seorang Dj yang agak berani bercerita sorang diri ditengah malam di bilik bawah tanah. KC juga pernah berkongsi video mengenai konti radio yang dia berkerja di Facebook miliknya.

Radio berhantu itu hanya dimainkan pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengah malam sampai ke 3 pagi.

Dari mula pelancaran radio itu, ia terus mendapat perhatian peminat pendengar cerita seram di radio dan YouTube. Kebanyakkan mereka telah mengklasifikasikan rancangan radio itu sebagai paling seram yang pernah mereka dengar.

Apa yang menarik mengenai segmen itu, adalah sound effect yang digunakan menambah perasaan takut pendengar.

 Segmen ini yang bersiaran secara langsung itu akan membacakan kisah-kisah misteri yang dialami oleh pendengar yang dihantar melalui email dan sms.

Gaya penyampaian KC yang begitu menarik membuatkan pendengar akan meremang bulu tengkuk apatah lagi sekiranya mendengar kisah-kisah pendengar yang dikirim secara berseorangan.

Mari kita dengarkan satu kisah yang dibacakan KC di radio yang berhantu. Kalau hati kering, dengarlah sorang-sorang tengah malam. – mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *