Wanita Malaysia ditinggalkan suami Bangla di Lapangan Terbang.

Seorang wanita Malaysia mendapati dirinya diabaikan oleh suaminya selama 5 tahun, seorang lelaki Bangladesh, yang menghilangkan diri ketika mahu pulang selepas sebulan di negara itu.

Nur Sohafa, 45 tiba di Bangladesh sebulan lalu, dan tinggal di kampung halaman suaminya Md Lavlu di Faridpur.

Bagaimanapun, ketika pasangan itu tiba di Lapangan Terbang Shah Amanat di Chittagong untuk berangkat pulang ke Malaysia pada 30 Jun, Lavlu menghilangkan diri bersama dokumen perjalanan dan pasport.

Ia menyebabkan Nur Sohafa dalam keadaan tidak tentu, sehingga gelagatnya mendapat perhatian polis lapangan terbang, lapor akhbar Dhaka Tribune.

“Wanita itu berjalan-jalan tanpa tujuan apabila polis imigresen menahannya untuk soal siasat dan diberitahu pasportnya hilang bersama suami,” kata jurucakap polis dipetik akhbar itu.

Wanita itu turut memberitahu polis dia tidak tahu alamat tepat kampung halaman suaminya.

Polis Bangladesh semalam berusaha mendapatkan bantuan untuk Nur Sohafa menerusi arahan mahkamah, sementara mengesan suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *