Wanita Susah Dapat Jodoh Disarankan Pakai High Heel

17/07/2017 – Wanita yang sudah lanjut usia tetapi masih tidak jumpa jodoh pasti akan mula susah hati. Sampai bila akan digelar ‘anak dara tua’ kerana tidak berkahwin. Pelbagai cara telah dilakukan tetapi masih tidak jumpa jodoh yang sesuai.

Kali ini, wanita yang susah dapat jodoh disarankan memakai high heel. Mengapa perlu pakai high heel? Kerana ada yang beranggapan memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan wanita tampak lenih menarik dan seksi. Malah lelaki lebih cenderung ramah kepada wanita yang memakai kasut tumit tinggi berbanding wanita yang mengenakan kasut flat.

Seorang pakar psikologi sosial dan keperibadian Jeremy Nelson MSW PhD, menyatakan pada masa kini memang banyak wanita yang sangat mengambil berat dengan penampilan mereka, khususnya dalam mengenakan kasut.

Malah, mereka sanggup membelanjakan banyak duit demi membeli kasut yang dapat menyempurnakan penampilan. Namun begitu, sehingga kini belum ditemukan apa sebenarnya kesan kasut terhadap penampilan dan penilaian orang sekitar.

“Hingga saat ini belum diketahui adakah pilihan jenis kasut memberikan kesan terhadap penampilan wanita, atau kepercayaan diri yang dirasakan oleh wanita itu sendiri,” kata Nelson.

Menurut seorang profesor psikologi dari Universite Bretagne Sud, Perancis Nicolas Gueguen. Sekiranya seorang wanita mahu menarik perhatian lelaki, wanita itu boleh berusaha dengan salah satu caranya iaitu memakai kasut tumit tinggi. Cara ini juga boleh digunapakai oleh wanita ketika bekerja kerana ia boleh memudahkan urusan kerja.

Selanjutnya, Nelson menambahkan, jika wanita tidak ingin menggunakan daya tarik seks untuk menarik perhatian lelaki, sebaiknya jangan menggunakan kasut tumit tinggi.

Secara umum, tidak ada kesan negatif mengenakan kasut tumit tinggi di hadapan wanita lainnya atau risiko memperoleh respon seksual berlebihan dari kaum lelaki.

Tetapi, ada juga yang merasakan lelaki suka wanita memakai ksut tumit tinggi berkemunginan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah. Kasut tumit tinggi akan membuat posture tubuh wanita kelihatan lebih seksi. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *