Xiaomi Akan Perkenalkan MIUI 9 Tidak Lama Lagi

Xiaomi merupakan salah satu pengeluar peranti Android yang mempunyai sistem operasi yang diubah-suai dengan penambahan antaramuka dan beberapa ciri-ciri khusus.

Xiaomi memanggilnya sebagai MIUI, dan versi akan datang untuknya adalah MIUI 9.

Buat masa ini, apakah ciri penuh yang akan dibawakan oleh MIUI9 masih menjadi tanda tanya. Ia mungkin berasaskan kepada Android Nougat, dan hadir dengan fungsi seperti pembahagian skrin dan sebagainya.

Melalui perkongsian daripada forum rasmi Xiaomi, mereka mengatakan MIUI 9 akan hadir tidak lama lagi, dan dijangka diperkenalkan sebelum 16 Ogos 2017 kelak. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *