19 orang maut, bot karam di Brazil

BRASILIA – Sekurang-kurangnya 19 orang mati dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas sebuah bot membawa 70 orang karam di utara Brazil, agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata.

Bot itu tenggelam dalam masa 24 jam dari Selasa lepas hingga kelmarin di Sungai Xingu dalam ne­geri Para, utara Brazil.

Akhbar Folha de S.Paulo melaporkan, bot ber­kenaan belayar dari Santarem malam Isnin lalu dan menuju ke bandar Vitoria de Xingu.

Kemas kini angka kematian menunjukkan seba­nyak 19 mayat ditemui oleh pihak berkuasa de­ngan 25 mang­sa berjaya berenang ke tebing sungai, bagaimanapun kira-kira 30 orang masih hilang, kata pejabat keselamatan tempatan.

Punca kemalangan itu masih tidak diketahui.

Kemalangan melibatkan bot penumpang kerap berlaku di lembangan Sungai Amazon, kebanyakannya melibatkan bot lama yang membawa terlalu ramai penumpang. – Bernama

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *