2 juta jemaah dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah

JEDDAH: Kira-kira dua juta jemaah dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Tahun ini juga menyaksikan penyertaan semula jemaah Iran selepas redanya krisis politik antara negara itu dan Arab Saudi serta ancaman kumpulan militan Daesh di Iraq dan Syria.

Jemaah Iran tidak menyertai jemaah lain pada 2016 selepas berlakunya insiden rempuhan yang mengorbankan hampir 2,300 jemaah haji.

Tragedi itu adalah bencana paling teruk sepanjang sejarah haji, yang mengorbankan 464 jemaah dari negara republik Islam itu.

Susulan kejadian itu, Tehran bertindak mengkritik kewibawaan organisasi pengurusan haji Arab Saudi.

Kedutaan Arab Saudi juga diserang penunjuk perasaan yang membantah hukuman mati ke atas ulama terkemuka Syiah.

Perselisihan politik antara dua negara itu membawa kepada terputusnya hubungan diplomatik tahun lalu. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *