54,103 siswazah universiti menganggur selepas 6 bulan tamat belajar

KUALA LUMPUR: Seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.

Beliau berkata kursus-kursus yang membabitkan kadar pengangguran paling tinggi ialah pendaftaran perniagaan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, sastera dan sains sosial.

“Jumlah itu bukan sahaja daripada Universiti Awam (UA) tetapi digabungkan bersama daripada institusi pengajian tinggi dan kolej swasta yang lain,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu jumlah kadar pengangguran dalam kalangan siswazah universiti di negara ini.

Idris berkata bagi menangani isu berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa program antaranya Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) dan Fakulti CEO.

“Program-program ini kita wujudkan mengikut pelan pembangunan pendidikan negara dan (negara lain) di dunia yang tidak ada (program berkenaan), mereka sedang memerhatikannya. Sistem ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih holisitik apabila mereka berada di alam pekerjaan,” katanya.

Sumber – Bernama/mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *