6 perkara membuat lelaki rasa tertarik dengan anda pada perjumpaan pertama

Sebagai seorang wanita, anda tentu ingin tahu mengenai apa saja perkara yang menjadi perhatian lelaki ketika berjumpa wanita, termasuk bila pertama kali berjumpa.

Perkara yang wajar memandangkan sebagai seorang wanita, kita selalu ingin meninggalkan kesan yang positif di mata lelaki, bukan?

Sebenarnya hal bersifat fizikal bukanlah yang utama bagi lelaki dalam menilai seorang wanita. Walau demikian, kesan pertama itu juga sangat penting bagi lelaki.

Kerana pada titik ini lelaki akan rasa satu daya tarikan jika penampilan fizikal wanita menarik. Merujuk pada kesan pertama ini, sebaiknya anda memperhatikan beberapa perkara yang boleh membuat lelaki rasa tertarik dengan anda pada perjumpaan pertama. Apakah itu?

1. Senyuman yang tulus dari hati

Sudah jelas, lelaki sangat selesa melihat wanita yang murah dengan senyuman, terutama yang tulus. Mereka rasa bahawa wanita yang murah senyuman itu adalah wanita yang terbuka dan lebih mudah untuk didekati. Senyuman yang dilemparkan oleh wanita itu menandakan satu isyarat kebahagiaan yang disertai keyakinan tinggi. Sementara itu, lelaki akan rasa lebih berkeyakinan diri ketika berbicara dengan wanita yang murah senyuman.

Ada satu kajian yang mendakwa bahawa senyuman wanita boleh merangsang pelbagai reaksi yang menyebabkan lelaki menjadi positif. Untuk meraih perhatian para lelaki, jadilah wanita yang murah senyuman, kerana anda tidak akan tahu bila dan di mana seseorang jatuh hati dengan senyumanmu.

2. Solekan wajah

Siapa kata lelaki tidak suka dengan solekan wajah? Make-up merupakan perkara sewajarnya yang diperhatikan lelaki ketika pertama kali berjumpa. Namun, mereka lebih suka dengan wanita yang mempunyai solekan wajah yang sederhana, tidak ketara.

Lelaki cenderung menyukai solekan yang minimal, kerana boleh membantunya untuk melihat wajah sebenar wanita tersebut. Sebolehnya, gunakan solekan yang natural sahaja. Pastikan agar tidak mengubah garis wajah sehingga nampak berbeza, kerana boleh membuat lelaki rasa janggal dengan anda.

3. Rambut

Lelaki selesa dengan rambut wanita, tidak kisah apa bentuk dan warnanya. Walaupun demikian, anda tidak wajib untuk membentuk dan mewarnakan rambut seindah mungkin, kerana lelaki hanya mementingkan kesihatan rambut saja.

Yang penting, rambut anda rapi, tidak berbau, dan tidak kusam. Mulai dari sekarang, anda tidak perlu risau lagi dengan pelbagai treatment rambut yang mahal dan menyusahkan.

4. Bibir

Selain rambut, lelaki juga selesa memperhatikan bentuk bibir dari seorang wanita, malah apabila ketika pertama kali bertemu. Anda tidak perlu terbeban untuk mendapatkan bentuk bibir yang seksi ala Angelina Jollie.

Apa yang anda perlukan hanyalah menjaga kesihatan bibir dan membuat warnanya agar tetap cerah. Lip balm atau gincu yang merekah sudah sangat cukup untuk menarik perhatiannya.

5. Mata

Banyak yang mengatakan bahawa mata adalah jendela yang boleh menyampaikan isi hati seseorang. Mata juga merupakan daya tarikan yang membuatkan orang asing untuk terpesona dengan wanita. Satu kajian menunjukkan bahawa kira-kira 70% lelaki selesa memperhatikan mata wanita ketika pertama kali berjumpa, setelah itu pindah ke bahagian lain.

Jadi, cubalah untuk mencipta daya tarikan melalui mata. Anda boleh menggunakan eye-liner dan maskara agar mata nampak lebih tegas.

Namun bahagian yang paling penting adalah, pandangan mata dengan lelaki tersebut selama beberapa saat. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada dia bahawa anda adalah wanita yang terbuka dan mampu memberinya peluang untuk masuk dan berkenalan lebih jauh.

6. Payudara

Ini perkara yang diperhatikan lelaki ketika pertama kali berjumpa wanita yang mungkin membuat anda rasa resah. Bagaimanapun juga, percaya atau tidak, lelaki sangat mudah tertarik dengan bentuk dada seorang wanita!

Banyak diantara lelaki yang lebih mengutamakan hal ini berbanding bahagian wajah. Ertinya, tiada salahnya jika anda cuba untuk menunjukkan pesona tersebut dihadapan mereka.

Ramai lelaki yang sering menggambarkan payudara wanita sebagai satu petanda akan kemampuan seksualnya. Walaupun demikian, selera setiap lelaki itu berbeza, jadi anda tidak perlu rasa risau akan perkara ini.

Sumber – aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *