Adun PKR Seberang Jaya sebar surat palsu cuti UMNO.

Mungkin kerana sakit hati dan risau lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh pada tarikh 17 Ogos 2017, mendapat sambutan dari penduduk setempat, Adun PKR Seberang Jaya menerusi laman sosial Twitternya memuatnaik sekeping surat yang didakwanya ‘surat cuti UMNO’.

Didalam status berkenaan, Adun PKR tersebut mendakwa surat tersebut ialah surat cuti tanpa rekod sempena dengan kedatangan DS Najib ke situ. Ini jelas menunjukkan sifat irihati Adun berkenaan dan beliau seolah-olah mahu menunjukkan bahawa UMNO Permatang Pauh menyalahgunakan kuasa.

Didalam keadaan sepatutnya Adun berkenaan memperjuangkan hal kebajikan rakyat, sebaliknya beliau memilih untuk menyebarkan fitnah sesama Islam dengan tujuan untuk menghasut rakyat supaya membenci UMNO.

Dalam satu kenyataan balas, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat tersebut. Beliau juga menafikan telah memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena dengan lawatan Perdana Menteri.

“Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang akan melemparkan fitnah untuk memburukkan pihak lain termasuklah melakukan serangan peribadi bagi menggagalkan agenda pemimpin Pusat.”

“Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana pemimpin tertinggi kerajaan yang mengadakan lawatan ke sini maka ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memburukkan nama saya dan juga UMNO di sini,” ujarnya.

Sambil menyifatkan Adun berkenaan sengaja mahu mencalarkan imej UMNO, Zaidi juga menyifatkan perbuatan yang tidak bermoral tersebut adalah sebagai satu serangan peribadi yang dilakukan untuk menjatuhkan maruah beliau.

“Ini juga adalah serangan peribadi yang mahu merosakkan kredibiliti saya sebagai ketua bahagian dan pemimpin tempatan dalam usaha menyambut kedatangan Perdana Menteri.

“Lagi pula, surat yang tular tersebut tidak valid dan tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana sektor sama ada swasta atau pun kerajaan.”

“Kita tahu Permatang Pauh ini adalah kubu kuat pembangkang tetapi apabila melihat gerak kerja yang telah diatur oleh UMNO dan pelbagai program yang mendapat sokongan kepimpinan pusat maka sudah tentulah mereka panas punggung.

“Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir maka mereka mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO,” katanya lagi. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *