Afifah Nasir Bakal Keluarkan Kenyataan, Anzalna Mohon Doa Di Instagram

Beberapa hari lalu kecoh apabila pelakon wanita, Anzalna Nasir telah mengeluarkan kenyataan di ruangan komennya yang telah mendapat kritikan daripada netizen.

Rentetan daripada hal itu, Anzalna telah memberi kenyataan baru di akaun Instagramnya dengan menyatakan bahawa setiap manusia itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

“Tak rasa sedih dicaci, tak mahu menagih puji…Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya. Amat rugilah seseorang itu bila Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitankan dan kau akhirkanlah dgn Kebaikan.,” tulis kapsyennya.

Di akhir kapsyennya juga dia turut menyatakan bahawa tunggu penjelasan daripada adiknya, Afifah Nasir pula mengenai berita panas yang mengaitkan adiknya bersama seorang pelakon lelaki tempoh hari.

“Akhir kata tunggu la kenyataan dari adik saya.,” tulis Anzalna lagi.

Rata-rata pengikut Anzalna memuji tindakannya yang mengakui kesilapan dirinya.

diana_razman: I always support u @anzalnanasir88 just ignore what people says…u do the great job 😘

norhuzaifah: Bgus la dpt pengajaran…jgn sesekali mngata org…meroyan ke ape ke…jaga diri…jaga keluarga

mummy_adam_aqeelah: Its a profesional person..keep it up @anzalnanasir88 ….buang yg keruh ambil yg jernih…forget it the past story….

fiezaimi.fiza: Alhamdulillah… semoga menjadi pngajaran… sy suka lakonan kalian sume adik beradik… jgn kerana hal mcm ni semua peminat lari dan x minat dgn korang…

Benar apa yang dikatakan oleh Anzalna itu, sesungguhnya setiap manusia di muka bumi ini memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. – mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *