Bibir anak bertukar biru, sangkakan tersedak sesuatu rupanya anak tersedak air liur

Tak sangka ada kes tersedak air liur, sebab biasanya kita dengar kes anak tersedak susu. Inilah detik cemas yang dikongsi oleh Puan Alia Azlia, apabila anaknya lembik dan jantung anak perlahan sekelip mata!

Mak ayah patut ambil tahu dan hafal langkah untuk keselamatan anak-anak…

Allahuakbar…

Jam 3.00ptg

Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud tak panik. Mujur sangat-sangat. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa. Apa yang menyebabkan berlaku macam tu? Aku pun tak tahu. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi bayi yang tersedak. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan penafasan terbuka. Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan kat dada untuk jika anak tercekik apa-apa. Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW!

Bila suami bagitau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku ilang tah ke mana. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je.. Tak aktif mahupun menangis. Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.

Jam 3.30ptg

Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Tapi alhamdulillah.. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya. Tapi apa yang doc bagitau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu atau air masak sahaj. Doc kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan tadi, tak tahu la apa akan jadi dengan afifah. Allah… Doc mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yang menyelamatkan anak kami.

Jam 4.00ptg

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain… syukur ya allahh. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.

Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yg bawah 6 bulan berlaku tersedak tp terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sbb supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana arini baru saya tahu.

Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:

1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.

2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.

3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.

4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda.

5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.

6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.

7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.

Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak.

Sumber – mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *