Bos akan dilarang hantar mesej kepada pekerja diluar waktu pejabat.

Pembuat undang-undang Korea Selatan mahu melaksanakan undang-undang yang mengharamkan majikan daripada menghantar mesej berkaitan dengan pekerjaan di luar waktu kerja.

Baru-baru ini, dua rang undang-undang telah dikemukakan kepada Dewan Kebangsaan bagi menyemak semula undang-undang buruh supaya majikan dan pengurus berhenti memberikan perintah berkaitan kerja secara langsung dan tidak langsung melalui telefon mudah alih, panggilan telefon dan lain-lain bentuk perkhidmatan rangkaian sosial.

“Banyak warga Korea Selatan mengadu persekitaran kerja yang semakin tertekan, mereka sentiasa dalam tempoh menunggu selama 24 jam sehari kerana mesej yang berkaitan dengan pekerjaan muncul setiap jam selepas waktu pejabat,” kata seorang perwakilan, Lee Yong Ho daripada Parti Rakyat.

Rang undang-undang lain telah dicadangkan oleh perwakilan, Son Kum Ju daripada pihak yang sama.

Lee berkata:”Tidak kisahlah sama tindakan itu dibuat oleh kakitangan kanan kepada perkerja baharu atau sebaliknya, kita harus mengubah amalan itu kerana ia menganggu selepas waktu pejabat”.

Dengan lebih daripada 90 peratus daripada penduduk yang mempunyai telefon pintar – salah satu kadar penembusan tertinggi di dunia – dan keadaan kerja yang memberangsangkan dengan waktu kerja terpanjang dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, aduan semakin meningkat oleh pekerja disebabkan kerja lebih yang mereka terima melalui perkhidmatan rangkaian sosial.

Menurut laporan Dewan Perniagaan dan Industri Korea yang dijalankan tahun lepas, sebanyak 74 peratus daripada 1,000 pekerja daripada 500 syarikat memaklumkan mereka menerima arahan dan pesanan kerja selepas waktu pejabat dan di antaranya, 60 peratus daripada mereka memaklumkan mengalami tahap tekanan yang serius .

Laporan berasingan 2015 oleh Institut Buruh Korea pula mendedahkan purata masa seseorang menghabiskan menggunakan telefon pintar untuk kerja tambahan ialah 11.3 jam seminggu.

Ia membabitkan 2,402 pekerja dalam industri perkilangan dan perkhidmatan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *