Britain rancang kawal gaji eksekutif syarikat terlalu tinggi berbanding pekerja biasa

LONDON: Syarikat senaraian awam yang beroperasi di negara ini akan diwajib memberikan penjelasan berhubung jurang perbezaan yang tinggi antara gaji pekerja biasa dan ketua eksekutif mereka, jika dasar baharu mengenainya diluluskan kerajaan.

Ia adalah susulan usaha pentadbiran Perdana Menteri, Theresa May merangka dasar baharu bagi menangani isu gaji peringkat pengurusan eksekutif yang dianggap terlalu tinggi berbanding pekerja biasa.

Sebelum ini, May yang mengambil alih pentadbiran Britain selepas undian Brexit 2016, berjanji untuk menangani masalah kapitalisme, termasuk isu jurang gaji dan proses pengambilalihan syarikat yang tidak terurus.

Difahamkan, kedua-dua isu itu menjadi faktor utama perbalahan antara barisan pengurusan syarikat dan golongan pekerja di Britain.

Bagaimanapun, cadangan May untuk meletakkan wakil pekerja dalam lembaga pengarah dan memberikan pemegang saham kuasa mengundi bagi menentukan gaji eksekutif tidak mendapat sambutan ekoran penyusutan populariti beliau.

“Saya bimbang kerajaan menangguhkannya kerana terpaksa berdepan dengan pelobi perniagaan dan jika berlaku, ia tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah besar ini,” kata Ketua Kongres Kesatuan Sekerja, Frances P’Grady kepada radio BBC. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *