Datuk Seri Vida tak minat suami orang dan letak syarat baru untuk bakal suami.

Kenyataan terbaru dari Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida ini pastinya melegakan banyak hati para isteri. Apa taknya, beliau yang sebelum ini dikatakan mahu mencari suami baru, telah menolak untuk dikaitkan dengan suami orang..

Datuk Seri Vida juga secara berseloroh telah meletakkan syarat tentang lelaki yang beliau mahukan untuk menjadi suaminya. Syarat itu ialah lelaki berkenaan mampu membeli 15 beg tangan sekaligus untuk beliau.

 

“Saya rimas dengan lelaki dari entah mana-mana yang mahu berkenalan. Kalau boleh, saya mahu lelaki yang boleh beli 15 handbag sekali gus. Ada ke?”

“Yang penting, isteri di luar sana, anda tak perlu risau sebab saya memang tidak berminat dengan mana-mana suami orang,” akui Vida jujur.

“Tak perlu nak cintan-cintun pun. Cukuplah sekadar saya dapat temui lelaki yang boleh menjadi sahabat, waktu susah dan senang,insya-ALLAH,” jelasnya sejurus ditemui di majlis pelancaran Tonton di Brunei.

 

Sebelum ini ramai lelaki yang dikaitkan dengan Datuk Seri Vida termasuklah selebriti media sosial iaitu Ayah Rani Kulup. Walaubagaimanapun, Rani Kulup menafikan gossip tersebut.

April lalu, Datuk Seri Vida telah sah bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman berkata, keputusan itu dibuat secara baik selepas mereka dikatakan gagal untuk berbaik semula. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *